Apa Itu ‘Netiquette’?

‘Netiquette’ adalah gabungan kata net (daripada perkataan ‘Internet’) dan ‘etiquette’. Ia merupakan garis panduan tentang kelakuan dan nilai-nilai murni yang hendaklah diamalkan di alam maya.

Untuk menjadi seorang pengguna Internet (juga dikenali sebagai warga maya) yang bertanggungjawab, kita hendaklah mengikuti peraturan-peraturan berikut:

  • Hormati privasi orang lain. Jangan berkongsi gambar atau video orang lain dalam talian Internet tanpa kebenaran mereka.
  • Jangan berkongsi maklumat palsu. Jika kita tidak pasti sama ada maklumat yang diterima adalah benar atau tidak, kita tidak sepatutnya menyebarkannya.
  • Jangan terlibat dengan pembulian siber. Kita tidak sewajarnya menyakiti perasaan orang lain.
  • Gunakan bahasa yang baik. Jangan menggunakan kata-kata yang kurang sopan.
  • Kita perlu menghormati pandangan orang lain walaupun dalam talian Internet. Jika kita mempunyai pendapat yang berbeza, kita hendaklah menyatakannya dengan sopan. Jangan memperkecil pendapat orang lain.
  • Elakkan menulis komen atau mesej menggunakan semua perkataan HURUF BESAR kerana ia menunjukkan seolah-olah kita sedang menjerit.
  • Apabila menyertai permainan dalam talian Internet, kita hendaklah menerima kemenangan atau kekalahan dengan hati yang terbuka. Ia akan menjadikan pengalaman bermain itu lebih seronok!
  • Kita boleh menggunakan emoji atau emoticon yang sesuai untuk mengekspresi diri apabila berkomunikasi dalam dunia siber! J

Secara amnya, budi bahasa dan akhlak baik yang kita amalkan dalam dunia sebenar hendaklah diguna pakai dalam dunia siber juga.

Peringatan: Jangan berkongsi maklumat peribadi seperti alamat rumah dan nombor telefon dalam talian Internet terutamanya kepada orang yang tidak dikenali. Ia boleh mendatangkan bahaya!

 

Selamat melayari Internet dengan tertib!

 

 

 

 

Rujukan:

https://techterms.com/definition/netiquette

http://www.bbc.co.uk/webwise/guides/about-netiquette

https://pumpic.com/security/netiquette-rules-for-kids/