5 Sebab Anda Perlu Belajar Pengekodan (Coding)

  1. Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah

Masa itu emas. Oleh itu, anda hendaklah memanfaatkan masa yang ada. Mempelajari pengekodan bukan sahaja dapat memastikan masa lapang tidak dibazirkan begitu sahaja malah dapat meluaskan pengetahuan.

  1. Mengasah kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah

Aktiviti pengekodan dapat membantu melatih minda untuk berfikir secara logik dan kritis dalam mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi. Kebolehan ini juga berguna dalam pelbagai bidang lain.

  1. Meningkatkan daya kreativiti

Kemahiran pengekodan dapat memupuk gaya berfikir di luar kotak. Perkara ini turut membantu mengukuhkan daya kreativiti dalam menjalani kehidupan seharian.

  1. Terokai dunia baharu

Dengan pengetahuan dalam aktiviti pengekodan, dunia teknologi dapat diterokai dengan lebih mendalam. Sebuah pengembaraan yang menarik menanti! Kemahiran pengekodan yang tinggi juga membuka peluang untuk lebih banyak peluang kerjaya seperti pembangun perisian aplikasi (software application developer), pembangun web (web developer) dan penganalisis sistem komputer (computer systems analyst).

  1. Ruang untuk mengekspresi diri

Pengekodan merupakan suatu aktiviti yang memberi keupayaan kepada pelakunya untuk mengekspresi diri. Anda juga boleh mengecapi kepuasan dan berbangga dengan hasil kerja sendiri!