5 Aplikasi Penyunting Video PERCUMA Untuk Menghasilkan Video Menarik!

Jika anda berminat untuk menghasilkan video yang menarik, terdapat beberapa aplikasi penyunting video yang boleh digunakan secara percuma!

 

  1. Magisto

Android | iOS

Aplikasi Magisto yang canggih ini dilengkapi dengan kecerdasan buatan (artificial intelligence)! Anda hanya perlu memilih video atau gambar, gaya suntingan dan runut bunyi. Ia akan diproses dan menghasilkan video yang lengkap. Ianya seperti magis!

 

  1. Quik

Android | iOS

Walaupun Quik adalah aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat kamera aksi terkenal, GoPro, ia turut menyokong gambar dan video yang dirakam dengan peranti lain. Aplikasi ini boleh mengenal pasti babak menarik dalam rakaman dan membantu menghasilkan video dengan pantas. Maka tidak hairanlah namanya Quik (quick)!

 

  1. iMovie

iOS

iMovie merupakan aplikasi penyunting video yang terkenal dalam kalangan pengguna iOS. Selain menghasilkan video berdasarkan citarasa anda sendiri, anda juga  boleh memilih tema yang sedia ada dan menghasilkan video seperti treler filem Hollywood. Projek video yang sudah siap boleh dikongsi terus daripada iMovie!

 

  1. FilmoraGo

Android | iOS

Selain tema bergaya dan penapis hebat, FilmoraGo mempunyai ciri khas yang memudahkan penghasilan video mundur (reverse video). Hasilnya begitu mengagumkan! Bayangkan air yang telah tumpah masuk kembali ke dalam gelas – itulah kesan video mundur. Video juga boleh disunting supaya ia bergerak lebih laju atau perlahan daripada biasa!

 

  1. VivaVideo

Android | iOS

VivaVideo membolehkan anda menambah teks, pelekat yang comel serta penapis yang menarik. Kesan khas seperti pelangi dan bunga api juga tersedia untuk memeriahkan lagi video anda!

 

Apa yang anda tunggu lagi? Masa untuk muat turun aplikasi-aplikasi ini dan mula menyunting video!